728 x 90

Tuesday, 18 August 2015

Mainan Aksi Boboiboy

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Hai selamat bertemu kembali. Anda sudah membaca perkenalan aku didalam 

coretan sebelum ini yang bertajuk "Novel Pertama Aku". Kalau sudah, mari teruskan dengan 

coretan aku yang seterusnya bertajuk "Mainan Aksi Boboiboy". Jom baca~~~


Tajuk pasal kebudak-budakan? Mainan? Ya, ini coretan mengenai mainan tapi ia bukan sekadar

untuk budak-budak kecil sahaja, ia juga untuk semua peringkat umur. Siapa kata mainan untuk 

kanak-kanak dan budak-budak sahaja, masa sekarang orang dewasa pun main permainan juga. 

Cukup dengan persoalan yang semua orang dah tahu ini.

Siapa kenal dengan Boboiboy? Yaya? Ying? Gopal? Kalau anda tertanya-tanya siapakah mereka, 

mari aku jelas kan secara ringkas tentang mereka :


BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios.  
Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu  
berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman 
makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko. Yaya, Ying dan Gopal 
adalah sahabat baik Boboiboy.


Coretan Kali ini bukan mengenai rancangan animasi Boboiboy, sebaliknya ia lebih kepada 

"Mainan Aksi Boboiboy dan Kawan-kawan." 



Dari kiri : Boboiboy Angin / Boboiboy Wind, Boboiboy Kilat / Boboiboy Thunder, Boboiboy Tanah / Boboiboy Earth, Gopal, Ying, Yaya dan Boboiboy Halilintar / Boboiboy Thunderstorms.


Menarik bukan? Setiap mainan dijual berasingan dan setiap satu dijual dengan harga RM 18

kecuali Boboiboy Halilintar yang mana dijual dengan harga RM 22. 

Anda boleh dapatkan mainan Aksi Boboiboy ini di kedai-kedai permainan berdekatan anda.

Dijual juga di store.monsta.com untuk lebih mudah.

Mainan Aksi Boboiboy ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mainan kanak-kanak, 

bahan koleksi, bahan uji kaji dan hadiah untuk yang teristemewa.


My Review

Pandangan aku mengenai Mainan Aksi Boboiboy ini mungkin berbezaa dengan orang lain kerana 

aku adalah aku. Kualiti setiap figure menarik dan boleh tahan dengan harga yang berpatutan. 

Tone warna OK. Articulation untuk setiap figure ini limited, jadi tidak banyak pose yang boleh 

digayakan. For developer, for the next Boboiboy figure please improve the articulation.

I need some figure that can be cool and stylish at the same time. The current figure is 5/10 star

I give. It was a good figure with reasonable price. Keep it up!!!




Sekian, Terima Kasih ^_^

Wednesday, 12 August 2015

Novel Pertama Aku

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Hai selamat bertemu kembali. Anda sudah membaca perkenalan aku didalam coretan sebelum ini yang bertajuk "Selamat Datang Ke Blog Asyrafie". Kalau sudah, mari teruskan dengan coretan aku yang seterusnya bertajuk "Novel Pertama Aku". Jom baca~~~


Aku suka membaca bila aku rasakan perlu. Aku sering membaca novel dan buku yang dihasilkan 
oleh orang lain. Tapi aku terfikir, kenapa aku tidak menghasilkan novel atau buku sendiri?
Idea ini timbul sewaktu aku bermimpi.

Aku sering bermimpi. Mimpi mengenai sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui. 
Mimpi yang aku rasakan real. Sebuah mimpi dijadikan sebuah cerita. 
Mimpi yang tidak pernah ada kesudahan. Mimpi yang hanya tinggal mimpi.

Ini novel pertama aku bertajuk DURI yang mana aku dapat inspirasi dari mimpi dan aku
gabungkan dengan akal fikiranku. Ia menjadi sebuah cerita yang aku sendiri tidak pahami.




Novel DURI ini bukan novel Melayu biasa. 
Ia adalah novel rekaan aku sendiri, menggunakan my own rule as the story line and structure. 
Ia bukan sekadar novel. Ia juga sebuah buku. Setiap apa yang ada didalam novel ini mengikut apa
yang aku cuba sampaikan. Pembaca mungkin susah nak memahami cerita didalam novel ini 
kerana novel ini sememangnya dihasilkan bukan untuk dijadikan novel. Sebaliknya ia lebih sesuai 
untuk dijadikan alat untuk pembaca berimaginasi berdasarkan apa yang terdapat didalam novel 
ini. Sebab itu apa yang tertulis didalam novel ini bukan berbentuk novel. Ia seolah-olah hanya 
seperti coretan biasa. Namun ada yang luar biasa mengenalinya.


Sinopsis DURI

Duri oleh mohd asyrafie bin sani
Genre : Imaginasi


"Kau dah mati, sebab tu diorang buat tak kisah je pasal kau." 

Mohd Asyrafie Bin Sani, atau lebih dikenali sebagai 'Asyrafie' seorang lelaki biasa
yang dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa. 
Setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, kebenaran semakin terjawab dan ia bakal mengubah kehidupan asyrafie selama-lamanya.  
APA tidaknya, kematian yang disangka rupanya telah memakan diri. 
Segalanya bermula disitu, sebuah harapan musnah sekelip mata. Apa yang diharap
tidak ke kesampaian.  

Dapatkah asyrafie menemui jalan kembali?  

Saksikan pengembaran seorang yang biasa dalam mengenal erti sebenar kehidupan.


Membaca apa yang patut anda baca. Sekiranya novel DURI susah untuk anda pahamkan ataupun 
anda tidak berminat dengan novel ini, anda digalakkan untuk berhenti membaca dengan serta 
merta. Kerana dikuatiri akan membawa masalah kepada anda di masa hadapan. 

PERINGATAN!!! Baca novel ini ikut naluri anda, bukan akal anda.

"Sebuah novel complicated yang akan membawa pembaca untuk mendalami tentang erti sebenar kehidupan." - Asyrafie

Dapatkan novel DURI dipasaran sekarang (2020)


Sekian, Terima Kasih ^_^

Selamat Datang Ke Blog Asyrafie

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.




Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung blog "House of Memory". Disini aku ingin 
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk melawat sambil 
membaca coretan-coretan yang terdapat didalam blog ini.

Aku bukan seorang blogger tegar. Aku cuma seorang penulis yang ingin menulis buat tatapan
umum. Aku menulis sekadar mengisi masa.

Tujuan aku membuat blog ini adalah mudah. Aku ingin berkongsi segala benda yang aku ingin 
kongsikan dan mungkin juga blog ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk semua pembaca.

Segala coretan yang aku buat didalam blog ini datangnya dari aku sendiri, namun aku tidak dapat pastikan adakah sumber ini tidak mengandungi hak cipta. Aku bukan seorang yang ikut peraturan. So, no rule in here. Ini blog aku bukan blog anda. Aku mempunyai 100% hak untuk membuat 
penilaian didalam blog ini.

Aku menulis dan akan terus menulis didalam blog ini selagi aku masih seorang manusia yang 
hidup. Blog ini juga boleh dijadikan sebahagian dari memori aku sepanjang bergelar manusia. Aku akan berkongsi sedikit memori dari aku kecil sehingga dewasa. Itu semua bergantung kepada 
keupayaan diriku.

Andai aku telah tiada nanti, diharap blog ini akan terus wujud dan memberi kesan terhadap 
kewujudan aku di dunia ini. Hargai setiap bait kataku. Ia adalah satu anugerah buat kalian.

Segala yang tertulis didalam blog ini adalah benar.

Sekian, Terima Kasih ^_^

Yang Benar,

..............................................

(MOHD ASYRAFIE BIN SANI)

Ads Inside Post