728 x 90

Wednesday, 12 August 2015

Novel Pertama Aku

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Hai selamat bertemu kembali. Anda sudah membaca perkenalan aku didalam coretan sebelum ini yang bertajuk "Selamat Datang Ke Blog Asyrafie". Kalau sudah, mari teruskan dengan coretan aku yang seterusnya bertajuk "Novel Pertama Aku". Jom baca~~~


Aku suka membaca bila aku rasakan perlu. Aku sering membaca novel dan buku yang dihasilkan 
oleh orang lain. Tapi aku terfikir, kenapa aku tidak menghasilkan novel atau buku sendiri?
Idea ini timbul sewaktu aku bermimpi.

Aku sering bermimpi. Mimpi mengenai sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui. 
Mimpi yang aku rasakan real. Sebuah mimpi dijadikan sebuah cerita. 
Mimpi yang tidak pernah ada kesudahan. Mimpi yang hanya tinggal mimpi.

Ini novel pertama aku bertajuk DURI yang mana aku dapat inspirasi dari mimpi dan aku
gabungkan dengan akal fikiranku. Ia menjadi sebuah cerita yang aku sendiri tidak pahami.




Novel DURI ini bukan novel Melayu biasa. 
Ia adalah novel rekaan aku sendiri, menggunakan my own rule as the story line and structure. 
Ia bukan sekadar novel. Ia juga sebuah buku. Setiap apa yang ada didalam novel ini mengikut apa
yang aku cuba sampaikan. Pembaca mungkin susah nak memahami cerita didalam novel ini 
kerana novel ini sememangnya dihasilkan bukan untuk dijadikan novel. Sebaliknya ia lebih sesuai 
untuk dijadikan alat untuk pembaca berimaginasi berdasarkan apa yang terdapat didalam novel 
ini. Sebab itu apa yang tertulis didalam novel ini bukan berbentuk novel. Ia seolah-olah hanya 
seperti coretan biasa. Namun ada yang luar biasa mengenalinya.


Sinopsis DURI

Duri oleh mohd asyrafie bin sani
Genre : Imaginasi


"Kau dah mati, sebab tu diorang buat tak kisah je pasal kau." 

Mohd Asyrafie Bin Sani, atau lebih dikenali sebagai 'Asyrafie' seorang lelaki biasa
yang dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa. 
Setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, kebenaran semakin terjawab dan ia bakal mengubah kehidupan asyrafie selama-lamanya.  
APA tidaknya, kematian yang disangka rupanya telah memakan diri. 
Segalanya bermula disitu, sebuah harapan musnah sekelip mata. Apa yang diharap
tidak ke kesampaian.  

Dapatkah asyrafie menemui jalan kembali?  

Saksikan pengembaran seorang yang biasa dalam mengenal erti sebenar kehidupan.


Membaca apa yang patut anda baca. Sekiranya novel DURI susah untuk anda pahamkan ataupun 
anda tidak berminat dengan novel ini, anda digalakkan untuk berhenti membaca dengan serta 
merta. Kerana dikuatiri akan membawa masalah kepada anda di masa hadapan. 

PERINGATAN!!! Baca novel ini ikut naluri anda, bukan akal anda.

"Sebuah novel complicated yang akan membawa pembaca untuk mendalami tentang erti sebenar kehidupan." - Asyrafie

Dapatkan novel DURI dipasaran sekarang (2020)


Sekian, Terima Kasih ^_^

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post