728 x 90

Tuesday, 18 August 2015

Mainan Aksi Boboiboy

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Hai selamat bertemu kembali. Anda sudah membaca perkenalan aku didalam 

coretan sebelum ini yang bertajuk "Novel Pertama Aku". Kalau sudah, mari teruskan dengan 

coretan aku yang seterusnya bertajuk "Mainan Aksi Boboiboy". Jom baca~~~


Tajuk pasal kebudak-budakan? Mainan? Ya, ini coretan mengenai mainan tapi ia bukan sekadar

untuk budak-budak kecil sahaja, ia juga untuk semua peringkat umur. Siapa kata mainan untuk 

kanak-kanak dan budak-budak sahaja, masa sekarang orang dewasa pun main permainan juga. 

Cukup dengan persoalan yang semua orang dah tahu ini.

Siapa kenal dengan Boboiboy? Yaya? Ying? Gopal? Kalau anda tertanya-tanya siapakah mereka, 

mari aku jelas kan secara ringkas tentang mereka :


BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios.  
Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu  
berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman 
makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko. Yaya, Ying dan Gopal 
adalah sahabat baik Boboiboy.


Coretan Kali ini bukan mengenai rancangan animasi Boboiboy, sebaliknya ia lebih kepada 

"Mainan Aksi Boboiboy dan Kawan-kawan." 



Dari kiri : Boboiboy Angin / Boboiboy Wind, Boboiboy Kilat / Boboiboy Thunder, Boboiboy Tanah / Boboiboy Earth, Gopal, Ying, Yaya dan Boboiboy Halilintar / Boboiboy Thunderstorms.


Menarik bukan? Setiap mainan dijual berasingan dan setiap satu dijual dengan harga RM 18

kecuali Boboiboy Halilintar yang mana dijual dengan harga RM 22. 

Anda boleh dapatkan mainan Aksi Boboiboy ini di kedai-kedai permainan berdekatan anda.

Dijual juga di store.monsta.com untuk lebih mudah.

Mainan Aksi Boboiboy ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mainan kanak-kanak, 

bahan koleksi, bahan uji kaji dan hadiah untuk yang teristemewa.


My Review

Pandangan aku mengenai Mainan Aksi Boboiboy ini mungkin berbezaa dengan orang lain kerana 

aku adalah aku. Kualiti setiap figure menarik dan boleh tahan dengan harga yang berpatutan. 

Tone warna OK. Articulation untuk setiap figure ini limited, jadi tidak banyak pose yang boleh 

digayakan. For developer, for the next Boboiboy figure please improve the articulation.

I need some figure that can be cool and stylish at the same time. The current figure is 5/10 star

I give. It was a good figure with reasonable price. Keep it up!!!




Sekian, Terima Kasih ^_^

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post